Sejarah penciptaannya
Pada Julai 2000, Google bekerjasama dengan Android Inc., Syarikat yang berada di Palo Alto, California Amerika Syarikat. Para pengasas Android Inc. bekerja dengan Google, di antaranya Andy Rubin, Rich Miner, Nick Sears, dan Chris White. Pada masa itu banyak yang menganggap fungsi Android Inc. hanyalah sebagai peranti perisian telefon bimbit. Sejak dari itu muncul khabar angin bahawa Google hendak memasuki pasaran telefon bimbit.Produk awlnya ialah Nexus One ia salah satu jenis telefon pintar GSM yang menggunakan Android dalam sistem operasinya. Telefon bimbit ini dihasilkan oleh HTC Corporation dan terdapat di pasaran pada 5 Januari, 2010).Jenis android dan kepenggunaannya.
Android versi 1.1
Pada 9 Mac 2009, Google melancarkan Android versi 1.1. Android versi ini dilengkapi dengan kemas estetik dalam aplikasi, jam penggera, voice search (carian suara), penghantaran mesej dengan Gmail, dan notis e-mel.Android versi 1.5 (Cupcake)
Terdapat beberapa kemas kini termasuk juga penambahan beberapa ciri-ciri dalam telefon bimbit versi ini iaitu kemampuan merakam dan menonton video dengan mod kamera, memuat video ke Youtube dan gambar ke Picasa terus dari telefon, sokongan Bluetooth A2DP, kemampuan disambungkan secara automatik ke alat dengar Bluetooth, animasi skrin, dan keyboard pada skrin yang boleh disesuaikan dengan sistem.
Android versi 1.6 (Donut)
Donut (versi 1.6) dikeluarkan pada September 2009 dengan menampilkan proses carian yang lebih baik berbanding sebelumnya, penggunaan bateri penunjuk dan kawalan applet VPN. Ciri-ciri lain adalah album yang membolehkan pengguna untuk memilih gambar yang akan dihapuskan; kamera, camcorder dan album yang dintegrasikan; CDMA / EVDO, 802.1x, VPN, Gestures, dan Text-to-speech engine; kemampuan dial kenalan; teknologi text to change speech (tidak terdapat pada semua telefon; pengadaan resolusi VWGA.
Android versi 2.0/2.1 (Eclair)
Pada 3 Disember 2009 kembali dilancarkan telefon Android dengan versi 2.0/2.1 (Eclair), perubahan yang dilakukan adalah pengoptimuman hardware, peningkatan Google Maps 3.1.2, perubahan UI dengan pelayar baru dan sokongan HTML5, senarai kenalan(phone contacts) yang baru, sokongan flash untuk kamera 3 , 2 MP, digital Zoom, dan Bluetooth 2.1.Untuk bergerak cepat dalam persaingan peranti generasi ini.Aplikasi terkenal yang diubah ke dalam sistem operasi Android adalah Shazam, Backgrounds, dan WeatherBug.
Android versi 2.2 (Froyo: Frozen Yoghurt)
Pada 20 Mei 2010, Android versi 2.2 (Froyo) dilancarkan. Perubahan-perubahan umumnya terhadap versi-versi sebelumnya antara lain sokongan Adobe Flash 10.1, kelajuan prestasi dan aplikasi 2 hingga 5 kali lebih cepat, intergrasi V8 JavaScript engine yang digunakan Google Chrome yang mempercepatkan kemampuan rendering pada browser, pemasangan aplikasi dalam SD Card, kemampuan WiFi Hotspot mudah alih, dan kemampuan auto update di dalam aplikasi Android Market.
Android versi 2.3 (Gingerbread)
Pada 6 Disember 2010, Android versi 2.3 (Gingerbread) dilancarkan. Perubahan-perubahan am yang didapati dari Android versi ini antara lain peningkatan kemampuan permainan (gaming), peningkatan fungsi copy paste, skrin antara muka (User Interface) direka semula, sokongan format video VP8 dan WebM, kesan audio baru (reverb, equalization, headphone virtualization, dan bass boost), sokongan kemampuan Near Field Communication (NFC), dan sokongan jumlah kamera yang lebih daripada satu.
Android versi 3.0/3.1 (Honeycomb)
Android Honeycomb direka khusus untuk tablet. Android versi ini menyokong saiz skrin yang lebih besar. User Interface pada Honeycomb juga berbeza kerana sudah direka untuk tablet. Honeycomb juga menyokong multi pemproses dan juga akselerasi (kelajuan) perkakasan (hardware) untuk grafik. Tablet pertama yang dibuat dengan menjalankan Honeycomb adalah Motorola Xoom.
Android versi 4.0 (ICS: Ice Cream Sandwich)
Diumumkan pada tarikh 19 Oktober 2011, membawa ciri Honeycomb untuk smartphone dan menambah ciri-ciri baru termasuk membuka kunci dengan pengenalan wajah, rangkaian data pemantauan penggunaan dan kawalan, kenalan rangkaian sosial bersepadu, tambahan fotografi, mencari e-mel secara offline, dan berkongsi maklumat dengan menggunakan NFC .
Android versi 4.1(Jelly Bean)
Android versi 4.4(KitKat)
Di bahawah terdapat jadual mengenai aliran jenis android terawal hingga terbaru.
| Version | Code name | Release date | API level | Distribution |
|---|---|---|---|---|
| 4.4 | KitKat | TBA | TBA | 0% |
| 4.3 | Jelly Bean | July 24, 2013 | 18 | 0% |
| 4.2.x | Jelly Bean | November 13, 2012 | 17 | 8.5% |
| 4.1.x | Jelly Bean | July 9, 2012 | 16 | 36.6% |
| 4.0.3–4.0.4 | Ice Cream Sandwich | December 16, 2011 | 15 | 21.7% |
| 3.2 | Honeycomb | July 15, 2011 | 13 | 0.1% |
| 3.1 | Honeycomb | May 10, 2011 | 12 | 0% |
| 2.3–2.3.2 | Gingerbread | December 6, 2010 | 9 | 0% |
| 2.3.3–2.3.7 | Gingerbread | February 9, 2011 | 10 | 30.7% |
| 2.2 | Froyo | May 20, 2010 | 8 | 2.4% |
| 2.0–2.1 | Eclair | October 26, 2009 | 7 | 0% |
| 1.6 | Donut | September 15, 2009 | 4 | 0% |
| 1.5 | Cupcake | April 30, 2009 | 3 | 0% |
Itu sahaja daripada kami tentang android ni assalamualaikum!

.jpg)

.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)